The People’s Tribunal-GE 13 on 18-22 September 2013Tribunal Rakyat – PRU13 Pada 18-22 September 2013

bersih2letterhead_new

Press Release, 25 July

The People’s Tribunal-GE 13 on 18 September 2013; Distinguished Individuals on Board as Members of the Tribunal

 [Media Primer | Versi B. Malaysia]

Kuala Lumpur – The Bersih People’s Tribunal on GE13, a tribunal mooted in response to the public outcry and concerns of electoral fraud and irregularities in Malaysia’s 13th General Election, will take place on Wednesday, 18 September 2013 to Sunday, 22 September 2013.

Much anticipated by Malaysians since the announcement of GE13 results, the People’s Tribunal will be one of the most significant milestones in the People’s struggle for free and fair elections. The tribunal will hear evidence on electoral fraud and irregularities, and will be a crucial instrument and means in ensuring the pillars of democracy are upheld and respected.

Six renowned individuals, three from overseas and three from Malaysia, will form the members of the tribunal to preside over the enquiry proceedings and deliver their findings.

Chairing the tribunal will be Yash Pal Ghai, a reputable expert in constitutional law, former Head of the Constitution Advisory Support Unit of the UN Development Programme in Nepal, former Special Representative of the UN Secretary General in Cambodia on human rights and former Chairperson of the Kenya Constitution Review Commission and Kenya National Constitutional Conference. Other international panel members include Ramlan Surbakti, former Deputy Chairman of the Indonesian Election Commission and Kraisak Choonhavan, President of the ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC), former Senator, and Deputy Leader of the Democrat Party, Thailand.

Malaysian members include Datuk Azzat bin Kamaludin, an Advocate and Solicitor of the High Court of Malaya and former Administrative and Diplomatic Officer with the Ministry of Foreign Affairs Malaysia; Dr. Mavis Puthucheary, former associate professor from the Faculty of Economics and Administration, University of Malaya and co-editor of a book entitled ‘Elections and Democracy in Malaysia’ and Rev Dr. Hermen Shastri, General Secretary of the Council of Churches of Malaysia (CCM).

Leading the Legal Team to present the evidence on behalf of the People will be Professor Gurdial Singh Nijar, Professor of Law at the Law Faculty of the University of Malaya and Director of the Centre of Excellence for Biodiversity Law. Professor Gurdial is also the Chief Prosecutor of the international Kuala Lumpur War Crimes Tribunal. Professor Gurdial will be assisted by a team of 30 lawyers.

The People’s Tribunal is established to ascertain whether the Malaysian 13th General Election was conducted in a free and fair manner. The tribunal is tasked to study, investigate, review and report on:

  1. The complaints received or disclosed on events leading up to and surrounding the 13th General Elections;
  2. the electoral process which took place in respect of the 13th General Elections;
  3. the effect that the findings on (a) and (b) have had on the 13th General Elections and in particular the free and fair criteria; and
  4. any other matters related and incidental to the above including the effect on voters rights generally and the rights of minority communities

The tribunal is essentially a citizen’s efforts and a people’s platform to investigate and scrutinise the conduct of the last general election. It will be a tribunal of conscience, mandated with a moral force by the people to arrive at the truth.

The People’s Tribunal is organised by Bersih 2.0, which has established a separate Organising Committee for the People’s Tribunal comprising Irene Fernandez, Ivy Josiah, Meera Samanther and Jerald Joseph. 

-Ends-

 

 

For further information please contact:

 

People’s Tribunal Secretariat:

Email: bersih.tribunal@gmail.com

bersih2letterhead_new

Kenyataan Akhbar, 25 July

Tribunal Rakyat – PRU13 Pada 18 September 2013; Individu Kehormat Sebagai Ahli Lembaga Tribunal

 [Soalan Lazim bagi Media | English version]

Kuala Lumpur –Tribunal Rakyat Bersih 2.0 untuk PRU13, satu tribunal yang ditubuhkan sebagai jawapan atas desakan orang ramai yang merasa tidak puas hati kerana kebimbangan berlakunya penipuan dan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia, akan bermula pada Rabu, 18 September 2013 hingga ke Ahad, 22 September 2013.

Dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia sejak pengumuman keputusan PRU13, Tribunal Rakyat ini akan menjadi satu babak penting dan batu tanda dalam perjuangan rakyat Malaysia menuntut pilihan raya bebas dan adil. Tribunal ini akan mendengar keterangan tentang penipuan dan segala bentuk kerenah dan salah peraturan dalam PRU13. Tribunal ini akan menjadi satu badan yang amat penting untuk memastikan landasan dan tiang demokrasi tetap ditegak dan dihormati.

Enam individu ternama yang berkelayakan akan menganggotai Tribunal ini, tiga dari luar negara dan tiga dari Malaysia. Mereka akan duduk bersidang untuk menerima, meneliti dan menyiasat laporan orang ramai. Akhirnya mereka akan mengeluarkan laporan kepada umum.

Pengerusi Tribunal ini ialah Yash Pal Ghai – pakar ternama dalam bidang Perlembagaan, bekas Ketua Penasehat Perlembagaan Unit Penyokong  Program Pembangunan Bangsa Bangsa Bersatu di Nepal. Yash Pal Gahi juga ialah bekas Wakil Khas kepada Setiausaha Agung Bangsa Bangsa Bersatu di Kamboja tentang Hak Asasi. Beliau juga ialah bekas Pengerusi Lembaga Mengkaji Semula Perlembagaan Kenya dan Persidangan Perlembagaan Nasional Kenya.

Ahli lembaga Tribunal dari luar negara termasuk Ramlan Surbakti – bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Indonesia dan Kraisak Choonhavan, Presiden Kokus Myanmar Antara Parlimen Asean, juga bekas Senator dan Timbalan Pengerusi Parti Demokrat, Thailand.

Ahli Tribunal dari Malaysia termasuk Datuk Azzat bin Kamaludin, Peguam Mahkamah Tinggi Malaya dan bekas Pegawai Diplomatik Kementerian Luar Malaysia; Dr.Mavis Puthucheary, bekas profesor madya Fakulti Ekonomi dan Pentabiran Universiti Malaya juga penyunting bersama buku ‘ Elections and Democracy in Malaysia’  dan Rev Dr. Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia.

Pasukan Guaman Rakyat akan dipimpin oleh Profesor Gurdial Singh Nijar, Profesor Hukum dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan juga Pengarah Pusat Kecemerlangan Biodiversity Undang-Undang. Profesor Gurdial juga ialah Ketua Pendakwa Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa Kuala Lumpur. Profesor Gurdial akan dibantu oleh satu kumpulan 30 orang peguam.

Tribunal Rakyat akan membuktikan secara muktamad sama ada PRU13 telah dijalankan dengan bebas dan adil. Tribunal ini bertugas untuk mengkaji, menyiasat, menilai laporan tentang:

  1. Komplain yang diterima atau diajukan tentang pekara-pekara yang berlaku sebelum menuju ke PRU13 atau apa yang berlaku disekitar PRU13
  2. Proses pengundian dalam PRU13
  3. Apakah akibat dari penemuan (a) dan penemuan (b) keatas PRU13 terutama yang bersangkutan dengan pililan raya yang bebas dan adil
  4. Dan lain lain hal yang bersangkutan atau berkaitan dengan yang diatas. Bagaimana semua ini mempengaruhi hak mengudi dan hak minoriti.

Tribunal ini sebenarnya adalah usaha dan tenaga orang ramai. Tribunal ini dijadikan landasan untuk melakukan kajian dan selidikan tentang apa yang berlaku dalam PRU13 yang lalu. Ini adalah Tribunal rasa hati rakyat. Tribunal ini mendapat mandat dari  kekuatan moral rakyat untuk mencari kebenaran dan keadilan.

Tribunal Rakyat ini dianjurkan oleh BERSIH 2.0. Satu Jawatankuasa Kerja Tribunal Rakyat telah ditubuhkan khas yang dianggotai oleh Irene Fernandez, Ivy Josiah, Meera Samanther dan Jerald Joseph. 

-Tamat-

 

 

Bagi keterangan lanjut, sila hubungi:

 

People’s Tribunal Secretariat:

Email: bersih.tribunal@gmail.com