SPR, fahamilah Akta Pilihan Raya 1954

GABUNGAN PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL (BERSIH 2.0)

 

KENYATAAN MEDIA

14 JUN 2016

 

SPR, fahamilah Akta Pilihan Raya 1954

 

BERSIH 2.0 tidak terkejut dengan kenyataan oleh Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Aziz Khalidin, bertarikh 14 Jun 2016, di laman berita Malaysiakini.com, yang mana dilihat mengesahkan pemberian habuan dan imbuhan. Kenyataan sebegini memberikan gambaran bahawa undang-undang pilihan raya tidak memberikan apa-apa makna.

 

Sebagai seorang bekas Hakim dan peguam, beliau seharusnya lebih arif dalam mentafsir peraturan-peraturan pilihan raya. SPR seharusnya mengerakkan ahli-ahlinya dan unit penguat-kuasa untuk menghentikan pemberian imbuhan dan habuan sebegini dan bukannya mempertahankan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam kedua-dua PRK ini.

 

BERSIH 2.0 menolak kenyataan dan justifikasi Datuk Abdual Aziz Khalidin yang menyatakan bahawa pemberian wang dan habuan sebegini tidak merupakan kesalahan pilihan raya. BERSIH 2.0 ingin memperingatkan SPR bahawa bahawa Seksyen 10, Akta Pilihan Raya 1954 dengan jelas menyatakan bahawa memberi, menawar, atau menjanjikan “apa-apa wang atau balasan bernilai” untuk mendorong pengundi adalah disifatkan sebagai suatu kesalahan rasuah dan menyogok.

 

 

Berikut adalah insiden-insiden yang dipantau oleh Pemantau pilihan raya BERSIH 2.0:

 

Kuala Kangsar:

Tarikh Tempat Penganjur Pemberian Kehadiran Kesalahan
10 Jun Kuala Kangsar & Manong BN

(dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak)

1)     RM500 kepada penoreh getah.

2)     Pembinaan jambatan di Manong, RM43.5 juta.

 

Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

11 Jun S.R.C Jerlun Parti Gerakan

(dihadiri oleh Rich Seng Shin Too)

Makan malam percuma, arak percuma, cabutan bertuah (kebanyakan hadiran mendapat hadiah).

 

 

Lebih kurang 200 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

 

Penggunaan premis kerajaan untuk kempen

12 Jun Jalan Datoh MCA Beras (10kg) setiap seorang 100 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

12 Jun Jalan Datok Sagor Pakatan Harapan Sawi 150 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

13 Jun Kg Bukit Cermin JAKOA Baja, kereta sorong, peralatan bertani 70-100 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

Sungai Besar
10 Jun S.R.A Parit 7 Kementerian Belia dan Sukan Pemberian bola percuma dan bulu tangkis 100 – 150 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

11 Jun Pusat Logistik Parit 8 Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Jabatan Perikanan, BN Pemberian elaun sara diri dari RM100 – RM300 kepada nelayan yang berdaftar sahaja. Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

11 Jun Pasir Panjang PKR

(YB Nurul Izzah, YB Zuraida, YB Afif Bahardin, YB Shamsul Iskandar, YB Amir Shaari

Servis motor percuma (tukar minyak enjin motorsikal) 20-40 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

11 Jun Jakel Sg Besar AMANAH Pemberian baju raya percuma 50 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

11 Jun Sekinchan Barisan Nasional

(YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)

Akan kembali untuk membantu nelayan jika calon BN menang dan memberikan permit pekerja asing.

 

Seksyen 9(1),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

 

Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

 

 

12 Jun

 

Pusat Operasi BN

 

Kementerian Pertanian dan Asas Tani, BN

 

(Tan Sri Noh Omar, Datuk Shabery Cheek, YB Budiman(calon)

 

Pemberian baja, racun, beras pam air (20 unit), beras

 

Pengumuman peruntukan subsidi:

1)Baja – RM13.4 juta

2)Racun – RM2.7juta

 

 

100-500 orang

 

Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

12 Jun Pasar Sekinchan PAS Servis motor percuma 30-40 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

12 Jun Jeti pusat nelayan tempatan, Sg Besar BN, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Komunikasi dan Multimedia

 

 

(YB Datuk Shabery Cheek dan YB Salleh Keruak)

Radio nelayan(walkie-talkie – 100 unit), beras (5kg), milo susu pekat, lesen nelayan, kit perubatan kecemasan(first aid kit)

 

250-300 orang Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

13 Jun Pasir Panjang, Sg Besar Ketua Pembangkang,

YB Datuk Seri Wan Azizah

Cabutan bertuah.

Hadiah yang dimenangi adalah seterika , mesin pengisar, pengadun makanan(stand mixer).

Seksyen 10(a),

Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954

 

BERSIH 2.0 turut mengutuk ucapan yang dilakukan oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini” dan “Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita”. (https://www.malaysiakini.com/news/345044) . Ini adalah kesalahan dibawah seksyen 9 (1), Akta Pilihan Raya 1954.

 

BERSIH 2.0 tuntut penjelasan SPR terutamanya dari Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohamad Hashim bin Abdullah mengenai segala kesalahan yang dilaporkan ini. Jika SPR masih gagal untuk memahami akta-akta atau peraturan-peraturan pilihan raya yang telah dilakukan, adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan kerana gagal bertindak mengikut lunas undang-undang untuk melaksanakan pilihan raya bersih,bebas dan adil.

 

Dengan sikap berdiam diri SPR pada PRN Sarawak dan PRK ini, jelas telah membuka ruang kepada semua pihak bertanding untuk melanggar peraturan-peraturan pilihan raya. Jika ini berterusan, maka sudah pasti mana mungkin PRU-14 akan berlangsung secara bersih, bebas dan adil.

 

Dikeluarkan oleh,

 

Dikeluarkan oleh:

 

Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0