Omission of polling district boundaries in EC’s maps makes farce of public participation in redelineation

MEDIA STATEMENT (8 January 2015)

The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) is pleased that the Election Commission (EC) chairperson has responded, albeit in the media, to our first comments on the EC’s redelineation announcements for Sarawak, though his remarks still leave a lot to be desired.

He did not appear to understand our major contention that the maps did not feature boundaries of polling districts (or Daerah Mengundi), an essential piece of information that can help voters ascertain whether there is gerrymandering (and we are certain, based on the EC’s record, that there would be plenty of that monkey business in its proposed electoral boundaries for Sarawak).

His claim that all details are in a booklet made available where the new electoral maps are being displayed is another deflection, for the details are not in the form of maps that show the boundaries of polling districts, but merely a list of polling districts in each constituency and the number of electors in them. This still doesn’t help a potential objector identify where these polling districts are located with a constituency, to make a meaningful objection.

Hence, by hiding the polling district boundaries from the public, the EC is making a farce of our constitutional right as voters to participate in the redelineation exercise, which can affect electoral outcomes.

As for our other insistence that the maps should be made available online, while we are happy to hear that the chairperson reportedly said they will be uploaded onto the EC’s website soon, again, however, we ask: how useful are such maps that do not show the polling district boundaries? Also, in only undertaking to do it now, when it should have been done on the same day of the Gazetted Notice, precious time has been taken out of the 30-day period of objection.

This is the first time BERSIH 2.0 is mounting a public challenge to the process, through our DART (Delineation Action & Research Team) project. We are urging voters to organsise themselves into groups of at least 100 in their own constituencies to become objectors.

The previous delineation exercise was held more than 10 years ago. At that time the public was ignorant about what the Federal Constitution expects of the EC and ignorant about how to evaluate the work of the EC. In the intervening years, the public is much less ignorant, thanks to advances in communication technology and the rise of civil society organisations. The public expects the EC to change, to execute its responsibilities consistent with the aspiration to be a developed nation by 2020.

So, for the EC chairperson to say that this is the way it has always been done is essentially to say they don’t care to be better. Or, worse, “we fooled you before, we’ll fool you again.” Shame on you.

 

Issued by,

The Steering Committee of BERSIH 2.0, which comprises –

Chairperson: Maria Chin Abdullah; Deputy Chairperson: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Treasurer: Masjaliza Hamzah; national representatives: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusoff, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri and New Sin Yew; vice-chairpersons: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula), Thomas Fann (South Peninsula), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula).

 

++++++

 

KENYATAAN MEDIA (8 Januari 2015)

Ketiadaan sempadan daerah mengundi dalam peta SPR menjadikan penyertaan pengundi dalam persempadanan semula sekadar sandiwara

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyambut baik hakikat bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membalas komen pertama kami tentang persempadanan semula di negeri Sarawak. Namun balasan beliau langsung tidak memuaskan.

Beliau seolah-olah tidak memahami bahasan kami bahawa peta-peta tersebut tidak memaparkan sempadan daerah mengundi, yang merupakan maklumat yang amat penting bagi pengundi untuk mengenal pasti sama ada sempadan kawasan pilihan raya telah dimanipulasikan bagi manfaat parti politik tertentu (dan berdasarkan rekod SPR sepanjang masa ini, kami pasti ‘gerrymandering’ wujud dalam cadangan persempadanan semulanya bagi negeri Sarawak).

Kenyataan beliau bahawa maklumat terperinci telah disenaraikan di dalam sebuah buku kecil yang boleh didapati di tempat pemaparan peta cadangan SPR tidak tepat kerana maklumat tersebut tidak menunjukkan sempadan daerah mengundi. Sebaliknya, ia menunjukkan senarai daerah mengundi di setiap kawasan pilihan raya dan juga jumlah pengundi. Maklumat sebegini tidak akan membantu pengundi untuk mengenal pasti lokasi daerah mengundi dalam sebuah kawasam pilihan raya supaya bantahan yang berasas kukuh dapat dikemukakan.

Dengan melenyapkan sempadan daerah mengundi dalam peta cadangan persempadanan semula SPR, penyertaan pengundi dalam aktiviti persempadanan semula, yang berupaya mempengaruhi keputusan pilihan raya, sudah dijadikannya sekadar sandiwara sahaja. 

Berkenaan desakan kami supaya peta-peta dipaparkan online, kami juga menyambut baik kenyataan Pengerusi SPR yang dilaporkan bahawa peta-peta tersebut akan dipaparkan di laman sesawang SPR. Namun, kami ingin menyoal, betapa bergunakah peta tersebut sekiranya mereka tidak menunjukkan sempadan daerah mengundi? Selain itu, SPR seharusnya berbuat demikian pada hari Notis Warta Kerajaan diberi. Sekarang, masa yang berharga telah dibazirkan daripada jangka masa 30 hari yang telah ditetapkan untuk mengemukakan bantahan.

Inilah kali pertama BERSIH 2.0 mencabar proses persempadanan semula melalui projek DART kami yang menggesa pengundi untuk bergabung dalam kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 pengundi dari kawasan pilihan raya mereka untuk bertindak sebagai pembantah.

Aktiviti persempadanan semula sebelum ini diadakan 10 tahun yang lepas. Pada masa itu, orang awam tidak tahu apa yang harus dibuat oleh SPR mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan. Rakyat biasa juga tidak tahu cara menilai mutu kerja SPR. Dalam tahun-tahun sejak itu, kita sudah menimba ilmu akibat perkembangan teknologi  dan pertumbuhan badan masyarakat sivil. Sekarang, orang awam meletakkan harapan pada SPR utuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik, dan menjalankan tugasnya seiring dengan aspirasi untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

Oleh itu, apabila pengerui SPR menyatakan bahawa inilah proses persempadanan semula yang telah dijalankan sejak dahulu, maksud mereka adalah mereka tidak berniat untuk meningkatkan mutu kerja mereka. Atau yang lebih teruk, “kami berjaya menipu anda dulu, dan kami akan menipu anda sekali lagi.” Sungguh keji.

 

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusoff, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).