MEDIA STATEMENT: Resign or face the rakyat / Perdana Menteri Harus Letak Jawatan atau Hadapi Kuasa Rakyat

[ENGLISH]

BERSIH 2.0 congratulates the US Office of the Attorney General brave statement on “United States Seeks to Recover More Than $1 Billion Obtained from Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund”. The conclusion of their findings are extremely damning and they have stated exactly what civil society and many Malaysians have been saying about the grand scale kleptocracy that is happening in our country.

The actions of the US Department of Justice (US DOJ) are not alone as there are six other international investigations made on money laundering and corruption that are related to the 1MDB scandal. This law suit confirms the intricate web of money laundering and corruption linked to 1MDB.

The US DOJ findings show money that was intended to help the Malaysian people was instead used for personal enrichment of Prime Minister Najib Razak, his stepson Riza Aziz, Jho Low and other cronies around the world. The rakyat’s money, intended for development projects, was spent on satisfying the greed of a few, including paying off gambling debts, purchasing a private jet, and funding a Hollywood film. Bear in mind that the government-linked 1MDB came under the Ministry of Finance when Najib was the Minister of Finance and the Chair of Board of Advisers of the debt-ridden company.

To cover up these crimes, Malaysia’s institutions have been twisted and perverted to suit the whims of Najib and those benefiting from the misuse of the rakyat’s money. The investigations in Malaysia by the Public Accounts Committee (PAC), the Royal Malaysian Police Force (PDRM) and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) have been shrouded in secrecy and their detailed findings hidden behind the cloak of the Official Secrets Act.

The Attorney General Apandi Ali and the Inspector General of Police Khalid Abu Bakar must now answer for their failure to act against the largest corruption scandal in Malaysia’s history.

Not only have our institutions been compromised, in his desparation to avoid justice, Najib, along with the IGP and the Attorney General, have harassed hundreds of critics through a slew of draconian laws, including the Sedition Act, the Security Offences (Special Measures) Act, the Official Secrets Act and the Peaceful Assembly Act. The recent National Security Council Act has now given wide powers to Najib, under the guise of safeguarding national security. This has all been done to boost Najib’s personal impunity from criminal prosecution and crackdown on those who speak up against his crimes.

Najib’s attempts to cover up and suppress the truth are over. It is time for this nation to end the plague of kleptocracy with impunity, the silencing of critics and the subversion of clean and fair elections. Such deplorable actions have totally destroyed people’s confidence and undermined the reputation of the country.

The nation has to move forward to restore the public’s confidence and reclaim the fabric of democracy and fair elections. Without comprehensive institutional reforms as demanded by hundreds of thousands of Malaysians in BERSIH 4, the flickering light of democracy in Malaysia will be extinguished.

In view of the severity of the situation, BERSIH 2.0 urgently calls for the following actions:

a)   Najib to immediately resign as the Prime Minister and allow for independent investigations to be held so as to ensure no executive interference and violators are brought to justice.

b) The Attorney General to immediately resign for his role in attempting to clear Najib’s name in relation to the 1MDB corruption scandal.

c)   An interim government to be set up to implement the institutional reforms demanded at the BERSIH 4 rally, as well as to ensure free and fair elections at the next General Election.

d) Given the overwhelming public interest in this case, all information relating to the investigations into 1MDB must be declassified and released to the public.

Issued by:-

The BERSIH 2.0 Steering Committee


[Bahasa]

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat (US DOJ) hari ini. Kenyataan tersebut berkenaan usaha mereka memulihkan aset bernilai lebih $1billion yang terlibat dengan korupsi dan 1MDB.

Pendedahan yang dibuat oleh mereka amat berat dan bertepatan dengan apa yang telah diperkatakan oleh raykat Malaysia dan NGO-NGO selama ini.

Tindakan US DOJ bukanlah tindakah terpencil, kerana enam agensi lain di peringkat antarabangsa sedang membuat penyiasatan mengenai isu korupsi dan penggubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB.

Laporan US DOJ menunjukkan bahawa wang rakyat Malaysia telah disalahgunakan untuk memperkayakan Perdana Menteri Najib Razak, anak tiri beliau Riza Aziz, Joh Low, dan kroni-kroni mereka. Wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara telah digunakan untuk membiayai aktiviti perjudian, pembelian jet peribadi, dan menaja filem Hollywood. Turut diingatkan bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, yang mana Perdana Menteri Najib Razak ialah Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Untuk menutup penipuan ini, institusi-institusi awam di Malaysia telah disekat untuk mempertahankan kepentingan Perdana Menteri Najib dan yang sekongkol dengan beliau. Penyiasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tersebunyi dan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ketua Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti bertanggungjawab dan memberi penjelasan tentang kegagalan mereka untuk mengambil tindakan terhadap skandal korupsi terbesar di sejarah Malaysia.

Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Polis Negara juga telah bertindak keras terhadap pengkritik dengan menggunakan undang-undang draconian sepert Akta Hasutan, SOSMA, Akta Perhimpunan Aman, dan Akta Rahsia Rasmi. Akta Majlis Keselamatan Negara yang diperkenalkan baru-baru ini memberi kuasa luas kepada Perdana Menteri sambal berselindung di sebalik tujuan keselatan negara.

Rakyat harus mengambil langkah untuk mengembalikan demokrasi dan pilihan raya yang adil. Tanpa reformasi institusi sepertimana yang dituntut oleh ribuan rakyat semasa perhimpunan BERSIH 4, demokrasi di Malaysia akan terus terkikis.

Memandangkan keseriusan isu-isu ini, BERSIH 2.0 menuntut supaya:

  1. Perdana Menteri Najib Razak meletakkan jawatan supaya penyiasatan boleh dilakukan secara independen tanpa campurtangan pihak eksekutif.
  2. Ketua Peguam Negara meletakkan jawatan kerana kegagalan untuk membuat penyiasatan yang baik dalam isu 1MDB.
  3. Penubuhan kerajaan sementara (interim) untuk melaksanakan reformasi institusi sepertimana yang dituntut semasa perhimpunan BERSIH 4, termasuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.
  4. Semua maklumat mengenai penyiasatan 1MDB didedahkan secara terbuka untuk penelitian rakyat Malaysia.

 

Dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.