Sungai Petani: Bengkel Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya (DART)


Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengatur semula sempadan kawasan pilihan raya tidak lama lagi. Persempadanan yang tidak adil menyebabkan nilai undi pemilih yang berbeza-beza. Akibatnya, keputusan pilihan raya tidak akan mencerminkan kehendak rakyat yang sebenarnya.

BERSIH 2.0 bersama ENGAGE akan menganjurkan bengkel di bawah projek DART Delineation Action and Research Team (DART), atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan untuk menggalakkan semua pengundi yang mahu mencegah penyelewengan pilihan raya dalam proses persempadanan supaya bersuara mempertahankan sempadan kawasan pilihan raya masing-masing.

Maklumat bengkel:

29 Mac 2014

2 ptg

Auditorium Hospital Metro Sungai Petani,

1. Lorong Metro, Sungai Petani, Kedah.

Semua rakyat yang mahukan pilihan raya bebas dan adil digesa hadir atau sebarkan maklumat penting ini.

KITA MENGUNDI; KITA TENTUKAN SEMPADAN!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen DART dan roadshow ke negeri-negeri lain, klik di sini.