Pelancaran buku laporan PEMANTAU & bengkel DART di Pulau Pinang

BERSIH 2.0 menjemput semua rakyat, terutamanya sukarelawan PEMANTAU, ke pelancaran buku “BERSIH & ADIL? Laporan Pemantauan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13”.

Laporan PEMANTAU_bmBuku ini ialah hasil pantauan rakyat Malaysia terhadap PRU13 untuk mengurangkan dan menghalang penipuan dalam pilihan raya tersebut.

PEMANTAU (Projek Pemantau Pilihan Raya Rakyat) telah melatih lebih daripada 2,000 rakyat sebagai pemerhati, yang telah bertugas di 23 Kawasan Parlimen pada Hari Penamaan Calon, 51 kerusi ketika masa berkempen dan 87 kerusi semasa Hari Pembuangan Undi.

Laporan ini merupakan hasil titik-peluh mereka dan telahpun diterbit dalam talian pada bulan September 2013 dalam laman sesawan BERSIH 2.0 https://www.bersih.org/?p=6231

Edisi cetakan yang akan dilancarkan ini memuatkan beberapa kes tambahan.

Jadi datang beramai-ramai untuk mendapatkan buku ini yang diberi percuma!

Tarikh: 30 Mac 2014 (Ahad)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Caring Society Complex, (Kompleks Masyarakat Penyayang)

250 Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang

==================================

Di samping itu, BERSIH 2.0 juga akan mengadakan Bengkel Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya.

Bengkel ini diadakan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengatur semula sempadan kawasan pilihan raya tidak lama lagi. Persempadanan yang tidak adil menyebabkan nilai undi pemilih yang berbeza-beza. Akibatnya, keputusan pilihan raya tidak akan mencerminkan kehendak rakyat yang sebenarnya.

Bengkel ini dianjurkan bersama ENGAGE di bawah projek DART Delineation Action and Research Team, atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan semua pengundi yang mahu mencegah penyelewengan pilihan raya dalam proses persempadanan supaya bersuara mempertahankan sempadan kawasan pilihan raya masing-masing.

KITA MENGUNDI; KITA TENTUKAN SEMPADAN!

Untuk maklumat lanjut mengenai DART dan roadshow ke negeri-negeri lain, klik di sini.