BERSIH 4 Undi Tidak Percaya Rakyat Terhadap Najib dan Sistem Politik Malaysia

BERSIH 4 Undi Tidak Percaya Rakyat Terhadap Najib dan Sistem Politik Malaysia

BERSIH! BERSIH! BERSIH!

Saudara-saudari sekalian, kita berada di sini dengan hati yang berat kerana negara sudah telahpun sampai ke saat genting.

Sudahpun rakyat sudah menderita kerana GST, kini nilai ringgit turut jatuh sehingga mencecah tahap 4 Ringgit untuk 1 dolar Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, kita lihat pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara disiasat polis. Seorang demi seorang pegawai tinggi menyatakan ketakutan mereka ditangkap polis.

Rasuah jadi dermaan. Pejuang demokrasi dituduh “menjejaskan demokrasi berparlimen”.

Penyiasat jenayah disiasat. Pelapor jenayah disiasat. Suspek jenayah arahkan siasatan.

Saudara-saudari sekalian, rasuah sedang membinasa ekonomi dan negara.

Rakyat mesti bangkit. Bangkit bukan untuk menggulingkan kerajaan dengan kekerasan atau paksaan. Bangkit untuk menolak pemimpin yang rasuah, dan sistem politik yang menghasilkan pemimpin yang rasuah – semakin kuat makan rasuah, maka semakin besarlah kuasanya.

Ini adalah sebabnya kita berada di sini malam ini dan akan berada di jalan raya Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu dalam masa 15 hari lagi.

Bersih 4 – perhimpunan aman selama 34 jam, pertama sekali dalam sejarah Malaysia – akan menjadi “undi tidak percaya” kepada Perdana Menteri Najib Razak dan juga sistem politik kita.

Bersih 4 tuntut bukan saja Perdana Menteri dan kerajaan yang bersih, tetapi lebih penting lagi, sistem politik yang memaksa perdana menteri dan kerajaan bersih.

Undi tidak percaya terhadap Najib

Ada yang menuduh Bersih sebagai “tidak berkecuali” atau “partisan” kerana menuntut Najib undur. Ada yang mendakwa tuntutan Bersih itu “menjejaskan demokrasi berparlimen” untuk menakutkan orang ramai dengan Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Izinkan saya menjelaskan kedua-dua tuduhan dan dakwaan ini.

Pada 20 Jun, Bersih 2.0 menuntut PM Najib Razak menafikan laporan Wall Street Journal bahawa wang 1MDB telah digunakan oleh Najib untuk memenangi PRU ke-13. Ini adalah tuduhan yang cukup serious dan cukup menghancurkan keabsahan atau legitimacy Najib untuk terus memegang jawatan PM. Bersih menuntut PM menafikan laporan itu atau meletak jawatan.

Saudara-saudari sekalian, munasabahkah tuntutan Bersih?

Pada 6 Julai, selepas pendedahan lanjutan bahawa dana sebanyak 2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, Bersih menuntut Najib supaya mengambil cuti dan tiga langkah lain untuk memastikan penyiasatan yang bebas dan boleh dipercayai dapat dilakukan. Kami juga mengemukakan tuntutan untuk 10 penambahbaikan institusi untuk menghapuskan rasuah bertaraf perdana menteri. Najib diberi masa sebulan sehingga 5 Ogos untuk menjawab.

Saudara-saudari sekalian, munasabahkah tuntutan Bersih?

Pada 27 dan 28 Julai, Najib menjawab Bersih dengan tiga tindakan: (1) melumpuhkan Pasukan Petugas Khas 1MDB dengan memecat Peguam Negara, (2) melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) Parlimen dengan melantik pengerusinya dan tiga orang lagi ahli sebagai Menteri dan timbalan menteri; dan (3) melantik Pengarah baru untuk Cawangan Khas Polis. Ini bermakna Najib bukan saja tidak akan mengambil cuti, malah akan menghalang penyiasatan 1MDB dengan sedaya upaya.

Pada 29 Julai, Bersih mengumumkan rancangan adakan Bersih 4 untuk menuntut pengunduran Najib dan juga penambahbaikan institusi.

Saudara-saudari sekalian, munasabahkah tuntutan Bersih untuk Najib undur?

Undur! Undur! Undur Najib!  

Bersih tidak hilang kekecualiannya kerana menuntut Najib undur. Sebaliknya mana-mana pihak tidak boleh mendakwa diri mereka berkekecuali jika mereka menyokong Najib untuk turut berkuasa dengan skandal yang begitu serious itu.

Bersih juga tidak menjejaskan demokrasi berparlimen dengan tuntutan “undur Najib”. Demokrasi berparlimen berdasarkan “kepercayaan”.

Perdana Menteri berkuasa dengan mengekalkan “kepercayaan” kebanyakan ahli-ahli parlimen. Ahli-ahli parlimen pula harus menjaga “kepercayaan” rakyat.

Hari ini, rakyat sudah hilang “keyakinan” kepada Najib tetapi Parlimen masih belum mengadakan mesyuarat tergempa untuk menentukan sama ada Najib masih menerima “kepercayaan” kebanyakan ahli parlimen.

Parlimen kita sudah gagal, di bawah seorang speaker yang tidak dipilih rakyat.

Bersih 4 akan menjadi manifestasi “undi tidak percaya” ke atas Najib.

Kita harap Najib ada rasa segan silu untuk meletak jawatan selepas mendengar suara rakyat. Jika tidak, maka Parlimen harus meluluskan usul tidak percaya ke atas Najib.

Maka, suara rakyat menuntut Najib undur adalah absah sekali. Suara keramat ini akan memperkukuhkan demokrasi berparlimen kita dan bukan menjejaskannya. Sebaliknya, sesiapa yang cuba menghalang rakyat menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap Najib, merekalah yang menjejaskan demokrasi parlimen dan bersalah di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Undi tidak percaya kepada sistem politik yang hasilkan rasuah

Bersih 4 bukanlah menolak Najib seorang saja, tetapi sebaliknya menolak sistem yang menghasilkan rasuah ala Najib dan sebelumnya rasuah ala Mahathir. Jangan kita cuma kenal skandal 1MDB bawah Najib yang bernilai RM 42 bilion dan lupakan skandal PKFZ (Port Klang Free Zone) bawah Mahathir yang bernilai RM 12 bilion.

Maka, tukar perdana menteri sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau sistem politik kita tidak ubah, maka perdana menteri baru akan mencipta skandal rasuah baru. Tak kira siapa pengganti Najib, Muhyiddin atau Zahid atau orang lain, pengganti 1MDB dan PKFZ akan muncul.

Perdana Menteri dan menteri-menteri tidak rasuah semata-mata kerana mereka tamak haloba.

Pemimpin negara rasuah kerana kesudahan pilihanraya boleh ditentukan dan mereka tidak takutkan kemarahan rakyat.

Pemimpin negara rasuah kerana mereka dapat melumpuhkan atau melemahkan fungsi parlimen, peguam negara, SPRM dan agensi lain untuk menyemak dan mengimbang (check and balance).

Pemimpin negara rasuah kerana rakyat tidak berani membantah dibelunggu oleh Seksyen 124B, Akta Hasutan, SOSMA, Akta Komunikasi dan Multimedia dan sebagainya dan takut dengan keganasan polis.

Oleh itu, Bersih 4 dianjurkan dengan lima tuntutan:

  1. Pilihanraya Bersih
  2. Kerajaan Bersih
  3. Hak Membantah
  4. Kukuhkan Parlimen Berdemokrasi
  5. Selamatkan Ekonomi Kita

Kerajaan Peralihan dan 10 Penambahbaikan Institusi

Ada yang tanya apakah berlaku selepas Bersih 4?

Dengan kehadiran raksasa, Bersih 4 akan menghantar pesanan jelas kepada semua parti yang membuat pengaturan menggantikan Najib bahawa Malaysia perlukan 10 penambahbaikan institusi yang dikemukakan oleh Bersih pada 6 hb Julai:

  1. Penambahbaikan sistem dan proses pilihanraya
  2. Penambahbaikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
  3. Pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
  4. Penambahbaikan Parlimen
  5. Pemisahan fungsi Peguam Negara dan Pendakwaraya
  6. Penambahbaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  7. Undang-undang Kebebasan Maklumat
  8. Pengumuman Aset untuk Menteri dan Pegawai Kanan
  9. Pemansuhan/Pemindaan undang-undang zalim
  10. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Kita menuntut supaya sebuah kerajaan peralihan dibentuk setelah pengunduran Najib untuk membawa 10 penambahbaikan ini dalam masa 18 bulan. Hanya ini dapat menjamin PRU ke-14 akan dijalani dengan bersih, adil dan bebas dan menghasilkan kerajaan baru yang absah dan bersih.

Kejayaan BERSIH yang lepas

Kejayaan Bersih adalah membangkitkan rakyat.

Bersih 1 pada 2007 telah membawa tsunami pada 2008.

Bersih 2 pada 2011 telah memecahkan tembok kesangsian antara rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya apabila rakyat saling bantu-membantu menhadapi keganasan polis.

Bersih 3 pada 2012 memobilisasikan puluh-ribuan rakyat untuk membersihkan PRU ke-13. BN hilang majoriti dengan 47% undi tetapi masih kekal berkuasa kerana persempadanan yang tidak adil. Minggu lepas, Mahkamah Rayuan baru memberikan SPR kuasa untuk menghadkan maklumat kepada orang awam dalam proses persempadanan.

Bersih 4 akan membawa sekali lagi suara keramat – tuntutan untuk demokrasi yang mendalam supaya rasuah dihapuskan dan ekonomi kita diselamatkan.

Dengan suara yang lantang, maka penambahbaikan institusi terpaksa berlaku. Sesiapa yang menggantikan Najib tidak dapat elakkan hakiki bahawa rakyat telah bersuara. Kalau pengganti Najib berdegil, maka kita akan adakan Bersih 5.

Pelbagai propaganda dilontarkan ke atas Bersih 4

  • Ada yang kata ini Musim Bunga Arab
  • Ada yang kata kita tidak berani kerana cuma 34 jam
  • Ada yang kata kita tidak berkecuali kerana menuntut Najib undur
  • Ada yang kata Bersih ini disokong oleh kuasa asing

Mereka harap Bersih 4 akan gagal kerana terlalu kecil bilangan rakyat yang hadir.  

Satu-satu caranya Bersih 4 akan mengatasi segala cabaran ini adalah dengan penyertaan anda, setiap orang daripada kita di sini dan rakyat Malaysia lain yang cintakan Malaysia, cintakan demokrasi dan sayangkan ringgit.

58 tahun yang lepas, Malaya melepaskan diri daripada cengkaman penjajah luaran British. 52 tahun yang lepas, Sabah dan Sarawak melepaskan diri daripada cengkaman penjajah luaran British.

Tetapi kita masih tetap hidup dijajah dari dalam. Kita masih hidup terbelunggu oleh penjajahan dalaman oleh rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemecahan rakyat dengan isu kaum dan agama, dan pemerintahan authoritarian.

Pada 29 dan 30 hb Ogos, ratus-ribuan rakyat Malaysia yang berkumpul di jalan raya Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu serta berpuluh-puluh Bandar di luar Malaysia akan menyuarakan aspirasi kita untuk kemerdekaan yang benar, daripada cengkaman luar and dalam.

Hidup! Hidup! Hidup Bersih!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dalam masa 15 hari lagi, jumpa lagi di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Padang Merdeka Kuching dan Kota Kinabalu!

Maria Chin

Pengerusi

Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0)

2015.08.14

Untuk majlis pelancaran Bersih 4

— ENGLISH VERSION

BERSIH 4 is a vote of no-confidence in Najib and Malaysia’s political system

BERSIH! BERSIH! BERSIH!

Fellow Malaysians, we are all here today with a heavy heart because our nation has arrived at a critical moment.

Now the people are suffering because of GST. The value of the Ringgit has dropped so much: it is worse than the rate of RM 4 for USD 1.

At the same time, officials of the Attorney General’s Chambers, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the Central Bank (BNM) are being investigated by the Police. One after another, top officials speak of their fear of arrest.

Corruption is now renamed “donation.” Defenders of democracy are accused of carrying out “activities detrimental to parliamentary democracy”.

Investigators of crimes are being investigated. Whistle-blowers of crimes are being investigated. Crime suspects are directing investigations.

Fellow Malaysians, corruption is destroying both our economy and our nation.

The people must rise up. We must rise up not to overthrow the government with violence or coercion. We must instead rise up to reject corrupt leaders and the political system that produces corrupt leaders: the more corrupt they are, the more powerful they seem to be.

This is why we are here tonight. This is why we will be in the streets of Kuala Lumpur, Kuching and Kota Kinabalu 15 days from now.

Bersih 4 will be a peaceful assembly of 34 hours, for the first time in Malaysia’s history. Bersih 4 will be our “vote of no-confidence” in Prime Minister Najib Razak and our political system.

Bersih 4 demands not just a clean prime minister and a clean government for now, but more importantly, a political system that will force all prime ministers and all governments to be clean.

A vote of no-confidence against Najib

Some accuse Bersih of being “partisan” for demanding that Najib step down. Others claim that this demand of Bersih is “detrimental to parliamentary democracy.” They do this in order to whip up the public’s fear of Section 124B of the Penal Code.

Allow me to answer both these accusations.

On June 20, Bersih 2.0 demanded that PM Najib Razak refute the report by the Wall Street Journal that 1MDB funds were used by by him as a slush fund in the 13th General Elections. This allegation is serious enough to demolish any legitimacy for Najib to remain in office. Therefore Bersih demanded the Prime Minister to either refute the claim or to resign.

Fellow Malaysians, was this demand of Bersih reasonable?

On July 6, after a further revelation that 2.6 billion Ringgit went into Najib’s personal accounts,  Bersih demanded that Najib take leave and take three other measures to ensure independent and credible investigations. We also demanded 10 institutional reforms to eliminate prime-ministerial corruption. We gave Najib one month, that is, until August 5, to respond.

Fellow Malaysians, was that demand of Bersih reasonable?

On July 27 and 28, Najib responded to Bersih with three actions: (a) he paralyzed the Special Taskforce on 1MDB by removing the Attorney General; (b) he paralyzed the Parliament’s Public Accounts Committee (PAC) by making its chair and three other members ministers and deputy ministers; and (c) he appointed a new chief for the Police’s Special Branch.

Najib not only refused to take leave. By the actions I’ve just mentioned, he crippled the investigation of 1MDB.

On July 29, in response, Bersih announced the plan for Bersih 4 to demand Najib’s exit and to demand institutional reforms.

Fellow Malaysians, is this demand of Bersih for Najib to step down reasonable?

Quit! Quit! Najib Quit!  

Bersih does not lose its impartiality when it demands Najib’s resignation. Rather, any party is guilty of partiality if it supports Najib to stay on in such gravely scandalous circumstance.

Bersih does not undermine parliamentary democracy with the call for Najib to quit. Parliamentary democracy is based on “confidence”. The Prime Minister’s stay in office depends upon the confidence the majority of parliamentarians place in him. And, any parliamentarian’s stay in office depends upon the confidence of the people.  

Today, the people have lost their confidence in Najib. Yet Parliament has not convened an emergency meeting to ascertain whether Najib still enjoys the confidence of the majority of parliamentarians.

Our Parliament has failed. This failure is in part due to the fact that the speaker is not an elected member of Parliament.

Bersih 4 will therefore be the expression of the people’s “vote of no confidence” in Najib.

We hope Najib will have the sense of shame to step down voluntarily. Otherwise, Parliament must pass a motion of no confidence in Najib.

Therefore, it is perfectly legitimate for the people to call for Najib’s resignation. This call of the people will strengthen our parliamentary democracy, not undermine it. In fact, it is those who try to obstruct the people from expressing their lack of confidence in Najib who are undermining parliamentary democracy and are guilty under Section 124B of the Penal Code.

A vote of no confidence in the political system that produces corruption

Bersih 4 does not only reject Najib. Bersih 4 also rejects the political system which has produced corruption under Prime Ministers from Mahathir to Najib. Don’t just remember the 1MDB scandal under Najib which cost us RM 42 billion Ringgit and forget the PKFZ (Port Klang Free Trade Zone) scandal under Mahathir that cost us RM 12 billion Ringgit.

Changing the prime minister alone will not solve our problem. If we do not change the political system, the new prime minister will create his own scandals. Regardless of who succeeds Najib, whether it is Muhyiddin or Zahid, 1MDB and PKFZ will also be succeeded by new scandals.

Prime Minister and ministers don’t become corrupt just because of greed.

National leaders become corrupt when election outcomes can be predetermined and thereby enable them to be fearless of the people’s wrath.

National leaders become corrupt when they can paralyse or weaken the check-and-balance function of Parliament, the Attorney General’s Chambers, MACC and other agencies.

National leaders become corrupt when people are too afraid to protest, because of the fear of Section 124B of the Penal Code, the Sedition Act, SOSMA, the Communications and Multimedia Act and the fear of police violence.

Therefore Bersih 4 is held to put forward five demands:

  1. Clean Elections
  2. Clean Governments
  3. Right to Dissent
  4. Strengthening Parliamentary Democracy
  5. Saving Malaysia’s Economy

Transitional Government and 10-point Institutional Reforms

Some ask, what’s next after Bersih 4?

With a huge turnout, Bersih 4 will send a clear message to all parties plotting for the post-Najib arrangement. This message is that Malaysia needs the 10 institutional reforms presented by Bersih on July 6:

  1. Reform of electoral system and process
  2. Reform of the Election Commission (EC)
  3. Separation of Prime Minister and Finance Minister
  4. Parliamentary Reform
  5. Separation of the functions of Attorney General and Director of Public Prosecution
  6. Reform of the MACC
  7. Freedom of Information laws
  8. Asset declaration by Ministers and senior state officials
  9. Abolishment of/Amendment to draconian laws
  10. Establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)

We demand that a transitional government be formed after Najib’s exit to bring about these 10 changes within 18 months. Only this can guarantee that the 14th General Elections can be conducted in a clean, free and fair manner to produce a legitimate and clean government.

 

BERSIH’s past successes

Bersih’s greatest success has been to move the people to take ownership of our nation.

Bersih 1 in 2007 brought about the Political Tsunami in 2008.

Bersih 2 in 2011 broke the walls of distrust between Malaysians from diverse ethnicities, faiths and cultures when they helped each other to face police brutality.

Bersih 3 in 2012 mobilised tens of thousands of Malaysians to clean up the 13th General Elections. The BN lost its popular vote for the first time since 1969 – winning only 47% – but nevertheless retained power due to malapportionment and gerrymandering of constituencies. Last week, the Court of Appeal virtually gave the Election Commission the power to limit information provided to members of the public during the redelineation process.  

Once again, Bersih 4 will release the sacred voice of the people. Bersih 4 will demand real democratisation to end corruption and save our economy.

With a loud and clear voice from the people, institutional reforms will have to happen. Whoever replaces Najib cannot run away from the fact that the people have spoken. If Najib’s successor insists on keeping the corrupt system, then there will be Bersih 5.

So far, many attacks have been thrown against Bersih 4

  • Some say this is Arab Spring
  • Some say we are cowards because we only stay for 34 hours
  • Some say we are partisan because we demand Najib’s resignation
  • Some say Bersih is a foreign agent

They hope Bersih 4 will fail simply because there are too few people attending.  

The only way for Bersih to overcome all the challenges is with the participation from each of you here, and Malaysians out there who love our nation, our democracy and our Ringgit.   

58 years ago, Malaya freed herself from British colonisation. 52 years ago, Sabah and Sarawak freed themselves from British colonisation.

While we have freed ourselves from external colonisation, we continue to suffer from internal colonisation caused by corruption, division along ethno-religious lines and authoritarianism.

Come August 29 and 30, hundreds of thousands of Malaysians who gather on the streets of Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu and dozens of cities outside Malaysia will express our aspiration for real independence, both from within and without.

Hidup! Hidup! Hidup Bersih!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

We see you at Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Padang Merdeka Kuching and Kota Kinabalu 15 days from now!

Maria Chin

Chair

Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (Bersih 2.0)

2015.08.14

For the launch of Bersih 4