Ayuh, bertindak bersama DART sekarang!

BERSIH2.0-FB-cover-01

 

 

 

 

 

 

 Tiba masanya untuk BERSIH sekali lagi!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan persempadanan semula yang akan bermula pada bulan Disember. Sempadan DUN dan Parlimen yang baru akan dibentangkan. Kita perlu sertai proses ini untuk mencegah agihan pengundi tak serata (malapportionment) dan persempadanan yang tidak adil (gerrymandering). 

Apa yang anda boleh lakukan?

Bersama jadi 100_DART

Jadilah seorang daripada 100 pengundi bagi kawasan pilihanraya anda di bawah DART*! 

 

 

 

 

 

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa 100 atau lebih pengundi yang terjejas dalam sebuah kawasan pilihan raya boleh membantah cadangan persempadanan SPR jika mereka tidak menyetujuinya. SPR perlu mengadakan siasatan untuk mendengar bantahan mereka. [Seksyen 5 (b), Jadual 13]

Ini peluang kita untuk menhentikan malapportionment dan gerrymandering! 

borang bantahan1. Muat turun dan cetakkan Borang Bantahan, isikan butir-butir anda, kumpul sekurang-kurangnya 100 tandatangan pengundi berdaftar bagi kawasan pilihan raya anda.

2. Buat masa sekarang, serahkan borang ini bersama tandatangan yang telah dikumpul kepada Sekretariat BERSIH 2.0 (sebaik-baiknya melalui surat pos berdaftar). Alamat kami: 13, Lorong 4/48E, 46050 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

3. Edarkan risalah DART untuk membantu sebarkan kesedaran.

INI PENTING!

Kita hanya mempunyai tempoh 30 hari untuk membantah persempadanan sebaik sahaja proses ini bermula, maka kita mula mengumpul surat-surat ini dahulu! Penyelaras kami akan menghubungi anda sekali lagi sebelum kits mengemukakan sebarang bantahan.

Untuk maklumat lanjut, layari dart.bersih.org.

* Pasukan Tindakan & Penyelidikan Persempadanan (Delineation Action & Research Team)

(English version on Page2)