The Violence Must Stop Keganasan Harus Dihentikan

Bersih 2.0 April 18, 2013 0

bersih2letterhead_new

Press Statement, 18 April 2013

The Violence Must Stop

BERSIH 2.0 expresses serious concern over the continued incidences of violence in the run-up to the 13th General Election. The most serious of these incidents involved a man who was reportedly stabbed and assaulted by a group of men whilst putting up flags for his party in Terengganu. According to media reports, not only was the man severely injured, those who attempted to assist him were also threatened with violence.

We acknowledge and commend the swift action of the Terengganu police in finding and arresting the assailants. We call on the Kuala Lumpur police to follow their example and act on the numerous police reports made in Lembah Pantai by Nurul Izzah Anwar, the incumbent MP, and Parti Keadilan Rakyat workers alleging ongoing violence and threats in the constituency. In a case reported by the media on 13 April, a PKR campaign worker was allegedly threatened with a machete.

BERSIH 2.0 reminds the police that it is the responsibility of the police force to ensure the safety of all Malaysians, including supporters and politicians of both side of the political divide at all times. We are further disappointed that rather than making sure that police action against violence and violations of the law is consistently commendable throughout the country, the police is instead resorting to scare tactics. Of particular disappointment is the arrest and questioning of Lee Lan and three other individuals in Bidor, Perak, simply for raising awareness on the issues surrounding the death of her brother, Teoh Beng Hock.

Caretaker governments continue to flagrantly abuse government resources to campaign for political parties. Institutions such as the Kuala Lumpur City Hall, which functions independently regardless of the political party in power, should not be used to bolster an election campaign, as it has been by Raja Nong Chik in the Lembah Pantai constituency. Millions of taxpayers’ money have been poured into schemes and allocations since the dissolution of Parliament, in what appears to be transparent efforts to sweeten the image of political parties contesting in the elections. We question the reported spending of RM73 million by the Prime Minister’s Office in advertisements and public relations exercises.

We acknowledge that the Selangor government has responded to our previous statement and sought to explain their position. There is a need to clarify when decisions were made on actions undertaken after the dissolution of Parliament or a State Assembly. However, while we acknowledge that this is considered to be a grey area in Malaysia, caretaker governments must be more prudent. Decisions taken before dissolution can be announced and carried out by civil servants, instead of the incumbent elected representative.

BERSIH 2.0 reminds all participants of the 13th General Election to hold themselves to the highest standard of behaviour. We urge all Malaysians to report any incidents of political violence and electoral misconduct to the authorities immediately, and to work with the police on these issues. A copy of police reports made can also be forwarded to BERSIH 2.0 for our monitoring.

Thank you.

Special Committee on Code of Conduct

On behalf of the Steering Committee of the Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)

The Special Committee comprises:

Irene Fernandez

Zaid Kamaruddin

Yap Swee Seng

Jerald Joseph

Liza Bong

Anne Lasimbang

Dr Farouk Musa

Incidences Observed Since 11 April 2013

Political Violence

5 April – An UMNO leader has allegedly slapped a man who visited his office at Putrajaya.

11 April – A party worker was attacked and stabbed by a group of man while hanging party flags at Felda Neran, Terengganu.

11 April – The police made a statement that among 108 reports they received nationwide ahead of polling day relates to incidents involving the burning of party flags and scuffles among political supporters.

13 April – Burned party flags belonging to PAS and PKR was reported to be seen in Sg. Petani.

13 April – As reported by Nurul Izzah, a campaign worker was threatened with a machete amidst the ongoing violence and threats at areas under her constituency including Lembah Pantai and Bangsar.

15 April – A PAS operation centre PAS UPU Felcra Nasarudin, Perak was alledley burnt in the wee hours of the morning.

15 April – Two men were reported to be assaulted and seriously injured while putting up political party flags along Jalan Perak in Georgetown, Penang.

16 April – It was reported that a hawker in Penang was attacked and beaten by a group of men when he attempted to remove 1Malaysia flags which was put up within his house compound.

Other violations with regards to the Code of Conduct for Participants of the 13th General Election and Caretaker Government Guidelines

April – The use of the 1Malaysia logo, a government transformation program and initiative, on Barisan National party flags and campaign advertisements for the coalition. These flags have been reported to be seen in Kuala Lumpur, Penang, Johor among others.

13 April – It was announced that the federal government has allocate RM2.25 million to beautify Sabah’s first housing settlement, Taman Perumahan Keramat under the rental and resettlement programme. The announcement was made by Plantation Industries and Commodities minister Tan Sri Bernard Dompok.

13 April – Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim announced a contribution from the federal government of RM200,000 to build a branch of Petekma  (Pertubuhan Teksi Malaysia) in Langkawi and also gave RM25,000 as an administrative contribution for this year.

14 April – Caretaker Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak announced RM3.84m allocation for several Sikhs organisations during the 2013 Vaisakhi celebration at the Petaling Jaya Gurdwara.

15 April – Caretaker Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yasin made an announcement of RM2 million grant from the government channelled via Dewan Bahasa Pustaka for local writers at a writers get together held at Kuala Lumpur.

15 April – Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim announced a RM5 million allocation to FINAS in collaboration with the Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) at Cyberjaya.

15 April – Sabah State Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism director Noor Alam Khan announced that the federal government has allocated RM100 million to Sabah for implementation of the price standardisation programme in rural areas and islands in the state.

15 April – Two online news portals Malaysiakini and The Malaysian Insider as well as an online channel KiniTV was denied access from covering caretaker Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak’s announcement of the BN’s general election candidates.

16 April – It was reported that caretaker Deputy Prime Minister and caretaker Education held a meeting in Johor with selected teachers from the Chinese schools where mock cheques amounting to RM14.3 million was also given out.

bersih2letterhead_new

Kenyataan Media, 18 April 2013

Keganasan Harus Dihentikan

BERSIH 2.0 memandang berat terhadap kejadian keganasan yang berleluasa menjelang Pilihan Raya ke-13. Antara kejadian yang paling teruk adalah apabila seorang lelaki telah diserang dan ditetak oleh sekumpulan lelaki apabila dia sedang memasang bendera parti di Terengganu. Menurut laporan media, bukan sahaja lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah tetapi mereka yang cuba membantu dia juga turut diugut dengan keganasan.

Kami mengakui dan memuji tindakan pantas polis Terengganu dalam mencari dan menangkap mereka yang berkenaan. Kami menyeru pihak polis Kuala Lumpur untuk mengikuti contoh dan perbuatan tersebut berkenaan beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Parti Keadilan Rakyat berkenaan keganasan dan ancaman yang berterusan di kawasan itu. Menurut laporan media yang telah dilaporkan pada 13 April, seorang pekerja kempen PKR mendakwa dia telah diugut dengan parang.

BERSIH 2.0 mengingatkan pihak polis bahawa ia adalah tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia, termasuk semua penyokong dan ahli-ahli politik pada setiap masa. Kami juga amat kecewa kerana pihak polis telah menggunakan taktik menakutkan dan bukan memastikan tindak terhadap keganasan dan pelanggaran undang-undang adalah konsisten di seluruh Negara. Antara contoh taktik menakutkan tersebut adalah apabila Teoh Lee Lan dan tiga individu lain telah ditangkap dan disoal di Bidor, Perak hanya kerana mereka cuba untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang isu-isu berkenaan kematian abangnya, Teoh Beng Hock.

Kerajaan sementara juga terus menyalahgunakan sumber kerajaan untuk berkempen untuk parti-parti politik tertentu. Institusi-institusi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang berfungsi secara bebas tanpa mengira parti politik yang berkuasa, tidak boleh digunakan untuk menyokong kempen pilihan raya sepertimana dalam kawasan Lembah Pantai oleh Raja Nong Chik. Berjuta-juta wang pembayar cukai juga telah dicurahkan ke dalam skim dan peruntukan sejak pembubaran Parlimen, dalam apa yang kelihatan sebagai usaha untuk mempertingkatkan imej parti-parti politik tertentu yang bertanding dalam pilihan raya. Kami juga menyoal perbelanjaan RM73 juta untuk iklan oleh Pejabat Perdana Menteri sepertimana yang telah dilaporkan oleh media.

Kami mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor telah memberi respon kepada kenyataan kami sebelum ini berkenaan kedudukan mereka. Terdapat keperluan untuk menjelaskan keputusan yang telah dibuat bagi tindak yang dilaksanakan selepas pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun, kita mengakui bahawa ini adalah perkara yang masih di Malaysia dan kerajaan sementera perlu lebih berhati-hati. Keputusan yang telah dibuat sebelum pembubaran boleh diumumkan dan dilaksanakan oleh penjawat awam, dan bukan wakil rakyat yang sudah sedia terpilih sebelum ini.

BERSIH 2.0 mengingatkan semua peserta Pilihan Raya Umum ke-13 untuk membawa diri dan tingkah laku mereka dengan baik. Kami juga menggesa semua rakyat Malaysia untuk melaporkan sebarang kejadian keganasan politik dan salah laku pilihan raya kepada pihak berkuasa serta-merta, dan bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani isu-isu ini. Salinan laporan polis yang telah dibuat juga boleh dihantar kepada BERSIH 2.0 bagi pemantauan kami.

Terima kasih.

Special Committee on Code of Conduct

On behalf of the Steering Committee of the Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)

The Special Committee comprises:

Irene Fernandez

Zaid Kamaruddin

Yap Swee Seng

Jerald Joseph

Liza Bong

Anne Lasimbang

Dr Farouk Musa

Kejadian yang telah dipantau sejak 11 April 2013

Keganasan Politik

5 April – Seorang pemimpin kanan UMNO telah didakwa menampar seorang lelaki di Putrajaya apabila pengadu tersebut telah pergi ke pejabat pemimpin tersebut.

11 April – Seorang pekerja parti telah ditetak oleh sekumpulan lelaki apabila dia sedang mengantung bendera parti di Felda Neran, Terengganu.

11 April – Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa antara 108 laporan yang telah diterima diseluruh Negara adalah kes berkaitan pembakaran bendera-bendera parti dan pergaduhan antara penyokong politik.

13 April – Telah dilaporkan bahawa bendera parti yang telah dibakar kepunyaan PAS dan PKR telah dilihat di Sg. Petani.

13 April – Seperti yang telah dilaporkan oleh Nurul Izzah, seorang pekerja kempen telah diugut dengan parang disamping kes-kes keganasan lain yang sering berlaku di kawasan beliau termasuk Lembah Pantai dan Bangsar.

15 April – Sebuah bilik gerakan PAS iaitu PAS UPU Felcra Nasarudin, Perak telah dibakar pada awal pagi.

15 April – Seramai lima orang telah menyerang dan mencederakan dua orang lelaki yang sedang memasang bendera parti politik di Jalan Perak, Georgetown.

16 April – Telah dilaporkan bahawa seorang penjaja gerai di Penang telah diserang dan dipukul oleh sekumpulan lelaki apabila beliau cuba mengalihkan bendera 1Malaysia yang telah dipasang pada halaman rumah beliau.

Pelanggaran-pelanggaran lain berkenaan Kod Etika Bagi Peserta PRU-13 dan Peraturan Kerajaan Sementara

April – Penggunaan logo 1Malaysia, sebuah program transformasi kerajaan, pada bendera parti Barisan Nasional dan iklan kempen bagi gabungan parti tersebut. Bendera-bendera tersebut telah dilaporkan kelihatan disekitar Kuala Lumpur, Penang, Johor dan juga tempat lain.

13 April – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi Tan Sri Bernard Dompok telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.25 juta daripada kerajaan pusat untuk memperindahkan kwasan penempatanpertama di Sabah, iaitu Taman Perumahan Keramat di bawah program penyewaan dan penempatan semula.

13 April – Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim telah mengumumkan pemberian daripada kerajaan pusat sebanyak RM200,000 untuk membina Petekma  (Pertubuhan Teksi Malaysia) di Langkawi dan juga RM25,000 sebagai sumbangan kos administrative bagi tahun ini.

14 April – Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.84 juta untuk beberapa organisasi Sikh semasa majlis perayaan Vasaikhi 2013 di Gurdwara Petaling Jaya.
15 April – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat pengumuman bahawa peruntukan sebanyak RM2 juta daripada kerajaan telah diberikan melalui Dewan Bahasa Pustaka bagi penulis tempatan di sebuah majlis perjumpaan bersama penulis di Kuala Lumpur.

15 April – Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada FINAS dengan kerjasama Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi di Cyberjaya.

15 April – Noor Alam Khan, pengarah negeri Sabah bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengumumkan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan projek penyeragaman harga dikawasan-kawasan pendalaman di Sabah.

15 April – Dua media alternatif iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider termasuk TV online KiniTV telah dihalang untuk melipur pengumuman calon-calon pilihanraya Barisan Nasional oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.

16 April – Telah dilaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan telah mengadakan mesyuarat di Johor bersama guru-guru terpilih dari sekolah-sekolah Cina tempatan dimana mock cek sejumlah RM14.3 juta telah disampaikan.

Comments are closed.