OPS KUNINGKAN MALAYSIA: Yellow Saturday 23/7

Bersih2.0 July 21, 2011 0

Facebook event link: https://www.facebook.com/event.php?eid=193130820745666

OPS KUNINGKAN MALAYSIA diteruskan pada hari Sabtu ini. Pakailah tudung, t-shirt, seluar, kasut, sarung kaki, topi, gaun, gelang tangan atau kanta mata berwarna KUNING untuk meneruskan OPS KUNINGKAN MALAYSIA sehinggalah sistem pilihanraya mencapai tahap BERSIH yang cukup memuaskan.

Untuk Sabtu bertarikh 23 Julai, berikutlah aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh penyokong-penyokong BERSIH 2.0.

—-

OPS KUNINGKAN MALAYSIA will continue this Saturday. Wear YELLOW scarves, t-shirt, pants, shoes, socks, hat, dresses, bracelets or contact lenses to continue OPS KUNINGKAN MALAYSIA until our electoral system achieves a satisfactory BERSIH level.

For this Saturday dated 23 July, the following are the events that are organised by BERSIH 2.0 supporters.


*SELANGOR*

KONVOI KUNING: LAWATAN KE PUTRAJAYA / YELLOW CONVOY: TRIP TO PUTRAJAYA

Masa/Time: 10.00am – 2.00pm
Tempat bermula/Starting point: Dataran Shah Alam
Tempat berakhir/End point: Masjid Putrajaya

Aktiviti/Activity: Sekiranya anda tidak pernah mengunjungi Putrajaya, inilah masa yang terbaik untuk melawat Bandar ini. Konvoi kereta dan motosikal sambil memakai baju berwarna KUNING dan ikat kain atau riben KUNING pada kenderaan anda. Ingat: Berhati-hati di jalan raya. / If you’ve never stepped foot at Putrajaya, this is the best time to visit this mini-city. Convoy together in cars and motorbikes while dressed in YELLOW and tie a YELLOW strip of cloth or ribbon to your vehicle. Reminder: Be careful on the road.

Anjuran/Organiser: AJK Gerakan Rakyat Selangor Bersama MBSC


SENJA KUNING DI TEPI TASIK / YELLOW EVENING BY THE LAKE SIDE

Masa/Time: 5.00pm – 7.00pm
Tempat/Venue: Taman Jaya Lake, Petaling Jaya

Aktiviti/Activity: Minggu lepas kami makan-makan di Lotus PJ. Minggu ini kami akan bersenam bersama-sama di Taman Jaya. Boleh berjoging, berjalan-jalan atau bersantai sambil memakai baju berwarna KUNING. Sekiranya anda ingin mengetuai kumpulan untuk senaman robik, bolehlah bersenam bersama-sama! / Last week we had a eating session in Lotus PJ. This week we will exercise together at Taman Jaya. You can jog, walk or just relax while wearing YELLOW. If you would like to lead the in aerobics, let’s exercise together!

*KUALA LUMPUR*


BERJALAN-JALAN DEMI MEMOIR 9 JULAI / MEMOIR WALK FOR 9 JULY

Masa/Time: 2.00pm – 4.00pm
Tempat berkumpul/Gathering point: Pasar Seni / Central Market KL

Aktiviti/Activity: Ramai yang tidak dapat hadir pada 9 Julai akibat sibuk, sakit, masalah kenderaan dan lain-lain sebab. Marilah menyempurnakan hasrat yang tidak tercapai dengan mengingati pahlawan-pahlawan seperti Arwah Baharuddin yang berjalan pada 9 Julai. Pakai baju KUNING. / Many could not make it on 9 July due to work, health, mobility and other reasons. Come and fulfil your intention to walk by remembering the heroes such as Arwah Baharudding who walked on 9 July. Wear YELLOW.

Event Link: https://www.facebook.com/event.php?eid=129244687162169

*IPOH*

SANTAI KUNING DI POLO GROUND / RELAXING IN YELLOW AT POLO GROUND

Masa/Time: 8.00am – 9.30am
Tempat/Venue: Taman permainan/Playground, Polo Ground

Aktiviti/Activity: Bersenam untuk menjaga badan sambil menunjukkan bahawa tidak salah untuk memakai warna KUNING. Juga untuk menyeru kepada orang ramai untuk mengambil berat mengenai isu-isu di negara kita. / Exercising to stay healthy while showing that there is nothing wrong in wearing the colour YELLOW. Also to call on people to be more concerned about the issues affecting our country.

Event Link: https://www.facebook.com/event.php?eid=186251761434609

————

Hampa kerana tiada acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA berdekatan dengan anda? Anda boleh juga menganjurkan acara OPS KUNINGKAN MALAYSIA pada hari Sabtu.
Panduan terdapat di sini: http://bersih.org/?p=4461

Disappointed because there are no OPS KUNINGKAN MALAYSIA events held nearer to you? You can also organise an OPS KUNINGKAN MALAYSIA event on Saturdays.
Guide is available here: http://bersih.org/?p=4461

Leave A Response »