DART JELAJAH SABAH!

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengatur semula sempadan kawasan pilihan raya tidak lama lagi. Persempadanan yang tidak adil menyebabkan nilai undi pemilih yang berbeza-beza. Akibatnya, keputusan pilihan raya tidak akan mencerminkan kehendak rakyat yang sebenarnya.
BERSIH 2.0 bersama ENGAGE akan menganjurkan bengkel di seluruh Malaysia di bawah projek DART Delineation Action and Research Team (DART), atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan untuk menggalakkan semua pengundi yang mahu mencegah penyelewengan pilihan raya dalam proses persempadanan supaya bersuara mempertahankan sempadan kawasan pilihan raya masing-masing.
DART turut ke bandar-bandar Sabah:

11 April (Jumaat), 1pm-5pm
Penampang
Dewan Tun Fuad Stephen, Jalan Pejabat Daerah Penampang.

12 April (Sabtu), 9am-1pm
Tawau
Heritage Hotel, 210, Jalan Bunga.
13 April (Ahad), 10am-4pm
Sandakan
Borneo Cove, Jalan Buli Sim Sim.
Semua rakyat yang mahukan pilihan raya bebas dan adil digesa hadir atau sebarkan maklumat penting ini.
KITA MENGUNDI; KITA TENTUKAN SEMPADAN!
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen DART dan roadshow ke negeri-negeri lain, klik di sini.