• Skip to primary navigation
  • Skip to content

Bersih 2.0

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil

  • Home
  • About Us
    • Background
    • Our 8 Demands
    • Steering Committee & Secretariat
    • Endorsing NGOs
    • Accounts
    • Donate!
  • News
  • Campaigns
  • Resources
    • Reports
    • Videos
    • Leaflets
    • Gallery
    • External Resources
  • BERSIH Rallies
    • BERSIH 1 (2007)
    • BERSIH 2: Walk For Democracy (2011)
    • BERSIH 3: Duduk Bantah (2012)
    • BERSIH 4 (2015)
  • PEMANTAU
  • Contact Us

KENYATAAN MEDIA (1 OKTOBER 2018): Pelancaran Pemantauan PRK Port Dickson dan Ikrar Pilihan Raya Bersih dan Adil

1 October 2018

Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Share on Google+
Google+
Share on Reddit
Reddit

Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH 2.0) mengumumkan bahawa BERSIH 2.0 akan menjadi pemerhati bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 132 Port Dickson yang bermula pada hari penamaan calon iaitu 29 September 2018 sehingga hari pengundian pada 13 Oktober 2018.

BERSIH 2.0 akan menjalankan pemerhatian terhadap SPR, parti politik dan calon-calon dalam proses penamaan calon, kempen pilihan raya dan proses mengundi.

Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan. Pemerhatian akan memberi fokus kepada

1) Rasuah dan beli undi

2) Penjamuan makanan dan pemberian hadiah

3) Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan

4) Penggunaan aset kerajaan untuk kempen pilihan raya

5) Perbelanjaan berlebihan

6) Intimidasi, keganasan, dan gangguan dalam kempen

7) Kelakuan berat sebelah pegawai institusi awam

8) Undi awal dan undi pos

9) Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu

10) Masalah pada hari mengundi

Orang awam boleh membuat aduan kepada BERSIH 2.0 sekiranya mendapati sebarang kesalahan pilihan raya melalui cara berikut

Laman web : aduan.pemantau.org

Telefon : 03-7931 4444 atau 017-2537917

Whatsapp : 017-253 7923

Emel : [email protected]

BERSIH 2.0 juga akan melakukan satu inisiatif dengan menyediakan satu ikrar pilihan raya bersih dan adil yang akan dihantar kepada semua calon PRK Port Dickson.

Ikrar tersebut bertujuan untuk memberi satu penegasan dan peringatan kepada semua calon supaya komited terhadap pilihan raya yang bersih dan adil dan tidak melakukan sebarang kesalahan pilihan raya.

Ikrar ini akan dihantar kepada semua calon pada hari ini 1 Oktober 2018 dan BERSIH 2.0 akan memberi tempoh tiga hari untuk semua calon menandatangani ikrar tersebut dan diserahkan semula kepada BERSIH 2.0.

BERSIH 2.0 menyeru semua pihak, termasuk calon, parti politik, SPR dan kerajaan supaya mematuhi peraturan-peraturan pilihan raya dan memastikan PRK Port Dickson dijalankan dengan bersih dan adil.

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • RSS
  • +603 79314444
  • +6019 4380428
  • [email protected]
  • Donate

Bersih & Adil Network Sdn Bhd
Unit A–2–8, Block A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Return to Top

  • Home
  • About Us
    ▼
    • Background
    • Our 8 Demands
    • Steering Committee & Secretariat
    • Endorsing NGOs
    • Accounts
    • Donate!
  • News
  • Campaigns
  • Resources
    ▼
    • Reports
    • Videos
    • Leaflets
    • Gallery
    • External Resources
  • BERSIH Rallies
    ▼
    • BERSIH 1 (2007)
    • BERSIH 2: Walk For Democracy (2011)
    • BERSIH 3: Duduk Bantah (2012)
    • BERSIH 4 (2015)
  • PEMANTAU
  • Contact Us