Election Commission: Take Action on Citizens’ Complaints Suruhanjaya Pilihan Raya Harus Mengambil Tindakan Berikut Aduan Rakyat

Bersih 2.0 March 14, 2013 0

BERSIH 2.0 letterhead

Press Statement, 14 March 2013

Election Commission: Take Action on Citizens’ Complaints

BERSIH 2.0 is submitting eight cases on electoral roll irregularities to the attention of the Election Commission. These cases, all of which were brought to our attention by members of the public, were received over the course of the past two months.

Of the eight cases:

  • Five involved individuals who were registered as voters without their consent or knowledge, with three of the five registered in constituencies they did not reside in;
  • In one case the individual concerned was told by the EC that the EC did not receive her voter registration form despite having registered through an overseas Malaysian consulate in 2012, and thus would not be able to vote in the upcoming 13th general election;
  • In one case the individual could not find her registration record online and thus may not be able to vote in GE-13;
  • In one case facts have arisen that has made the individual suspect that a phantom voter may be using his address.

Nine cases over two months is not an exceedingly small number and may represent only the tip of the iceberg, when seen in the context of earlier concerns over the integrity of the electoral roll. We note that in several of the cases, the complainants had already approached the Election Commission.

Despite reassurances about the integrity of the electoral system, Malaysia still has a long way to go. BERSIH 2.0 remains greatly concerned about the impact of electoral roll irregularities on the upcoming election.

Thank you.

 

Salam BERSIH!

 

Steering Committee

Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)

 

The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

BERSIH 2.0 letterhead

Kenyataan Akhbar, 14 Mac 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya Harus Mengambil Tindakan Berikut Aduan Rakyat

BERSIH 2.0 ingin menyerahkan lapan kes daftar pemilih meragukan untuk perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya. Kes-kes ini dibawa kepada perhatian kami oleh orang awam dalam tempoh dua bulan sebelum ini.

Mengikut butiran lapan kes ini:

  • Lima melibatkan individu-individu yang terdaftar sebagai pengundi tanpa izin atau pengetahuan mereka, dengan tiga daripada lima yang terlibat didaftarkan di kawasan undi bukan tempat kediaman mereka;
  • Dalam satu kes, individu tersebut diberitahu oleh SPR bahawa pihak SPR tidak pernah menerima borang pendaftaran pengundinya walaupun telah mendaftarkan diri melalui sebuah konsulat luar negara Malaysia pada tahun 2012, dan oleh itu tidak layak untuk mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang;
  • Dalam satu kes lain, individu tersebut tidak berjaya mencari rekod pendaftarannya dalam talian dan oleh itu mungkin tidak dapat mengundi dalam PRU ke-13;
  • Dalam satu kes lagi, fakta yang terkumpul menyebabkan individu ini mengesyaki adanya pengundi hantu yang menggunakan alamat rumahnya.

Lapan kes dalam tempoh dua bulan bukannya jumlah yang sedikit dan mungkin menandakan bahawa kes-kes sebegini lebih banyak lagi, memandangkan kebimbangan yang telah diluahkan sebelum ini akan kewibawaan daftar pemilih. Malah dalam beberapa kes, pihak pengadu telah berjumpa sendiri dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

Walaupun kenyataan menjaminkan kewibawaan daftar pemilih pernah diberi, Malaysia masih lagi ada ruang untuk memperbaiki keadaan. BERSIH 2.0 masih bimbang akan kesan  daftar pemilih meragukan ke atas pilihanraya yang akan datang.

Terima kasih.

 

Salam BERSIH!

 

Jawatankuasa Pemandu

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

 

Leave A Response »