SRD SABAH: SPR dan Kerajaan Wajib Jawan Semua Tuduhan

Bersih 2.0 Tuesday January 22nd, 2013 0

Kenyataan Akhbar , 22 Januari 2013

SRD SABAH: SPR dan Kerajaan Wajib Jawan Semua Tuduhan

 

BERSIH 2.0 terperanjat dengan tuduhan-tuduhan terbaru yang dibuat dihadapan Siasatan Suruhanraya DiRaja Sabah – SRD SABAH. Kenyataan-kenyataan dari bekas pegawai kerajaan yang menuduh Jabatan Pedaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  bersubahat memberikan status warga negara dan dokumen kerakyataan kepada beribu-ribu warga asing tanpa proses yang sah. Warga asing ini menjadi ‘warga baru’ untuk diletakan di kawasan-kawasan seluruh Sabah dengan tujuan untuk menambahkan lagi jumlah ‘ Pengundi Muslim’.

 

Kami sedar SRD SABAH masih berjalan. Walau bagaimana pun, BERSIH 2.0 menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjawab tuduhan-tuduhan ini dengan segera. Orang ramai sedang menunggu jawapan  SPR  terhadap tuduhan-tuduhan ini.  Tuduhan-tuduhan ini amat berat.  Keyakinan orang ramai terhadap SPR amat rendah. Tuduhan-tuduhan baru ini semakin menghakiskan lagi keyakinan orang ramai terhadap SPR.  Tuduhan ini akan memperlekeh keupayan SPR untuk menjalan pilihan raya.

 

Kami menyeru SPR untuk menjawab:

  • Bersihkan senarai pengundi. Sebelum  SRD SABAH  selesai, kita akui bahawa ini bukanlah kali pertama tuduhan dibuat  tentang senarai pengundi Sabah yang tidak diyakini. Pada tahun 2001, bekas ketua menteri  Sabah Yong Teck Lee telah mengosongkan kerusinya di ADUN Likas satelah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu  membuat keputusan mengharamkan senarai pengundi Likas  yang penuh dengan ‘pengundi hantu’ dan pengundi bukan warga Malaysia. MERAP – Malaysian Electoral Roll Analysis Project, yang dikepalai oleh Dr Ong Kian Ming, tahun lalu telah mempertikaikan  ketelusan  senarai pengundi Sabah. Ini sesudah lebih dari satu dekad kes Likas disebut di mahkamah Kota Kinabalu.
    Sila beri pandangan yang serius terhadap tuduhan ini. SPR wajib dengan segera mengambil langkah untuk membersihkan senarai pengundi.

 

  • Menjalankan siasatan yang telus dan rapi tentang semua tuduhan-tuduhan ini. BERSIH 2.0  sedar bahawa  SRD Sabah tidak ada bidang kuasa untuk mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab memberikan kerakyatan segera kepada warga asing. Juga  tidak ada keupayaan untuk mencadangkan hukuman terhadap orang-orang jahat ini. Atau menyelidiki apakah ganjaran yang diterima satelah membuat kerja jahat ini dan satelah mendapat kad pengenalan. Lagi pun, siasatan ini hanya terhad kepada Sabah.

     

    Justeru, SPR wajib bekerja dengan kerajaan untuk memastikan pekerja SPR bebas  dari memiliki hubungan gelap dengan  gerombolan-gerombolan yang berkerja untuk mengeluarkan  kad pengenalan segera dan status kewarga negaraan segera. Pekerja SPR yang terlibat wajib dibawa ke pengadilan.

 
Semua tuduhan ini amat berat. Jika benar, maka ada lebih dari 100,000 pengundi hantu yang akan mengundi dan membuat pilihan. Kehadiran pengundi hantu ini akan memperlekeh sistem pilihan raya  Negeri dan Persekutuan. Keputusan pilihan raya ini amat-amat disangsikan. Dalam masa yang sama, BERSIH2.0 telah menerima banyak laporan dari orang ramai tentang pekara yang sama berlaku diseluruh negara. Kajian dari MERAP menunjukkan pekara yang sama juga sedang berlaku di Selangor.

 

Justeru, kami menyeru SPR dan kerjaan untuk melancar siasatan sama ada ‘Ops Durian Buruk’  telah juga diguna pakai di Sarawak dan di Semenanjung. BERSIH 2.0 menekankan disini  tentang masa yang amat singkat untuk membuat siasatan kerana pilihan raya umum akan sampai. Kami sekali lagi menyatakan kesediaan kumpulan masyarakt madani untuk membantu membersihkan senarai pengundi.

 

BERSIH 2.0 menyeru SPR dan kerajaan untuk memandang berat semua tuduhan-tuduhan ini. Pilihan raya yang bersih dan adil bukan hanya permintaan parti politik. Pilihan raya bersih dan adil ada hak semua warga Malaysia.

 

Terima Kasih.

 

Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)

 

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 terdiri daripada:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin

Leave A Response »