PENGUMUMAN PENTING OLEH BERSIH 2.0 KEPADA SEMUA MANGSA KEGANASAN POLIS PADA 28 APRIL 2012

Bersih2.0 June 5, 2012 0

Salam Bersih ,

Permintaan Membantu Siasatan Panel Bebas oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Dengan ini perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami Bersih 2.0 menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang telah hadir pada 28 April 2012 yang lalu dan telah mengalami  kecederaan untuk tampil membantu kami dalam memberi kenyataan anda kepada Panel Khas Suhakam.

3. Untuk pengetahuan anda, Bersih 2.0 telah menghantar satu Memorandum kepada Suhakam untuk meminta Suhakam menjalankan satu penyiasatan bebas diadakan berkaitan insiden yang telah berlaku pada 28 April 2012 yang lalu. Dan untuk pengetahuan umum, Suhakam telah bersetuju untuk menjalankan siasatan  bebas ini.

4. Justeru, Bersih 2.0 memohon rakyat Malaysia untuk membantu kami dan kami menegaskan bahawa siasatan oleh pihak Suhakam  ini adalah jauh lebih bebas, telus dan adil berbanding  dari siasatan Polis. Anda juga diminta untuk tampil kehadapan  untuk memberi kenyataan kepada Suhakamdi mana butiran peribadi anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak.

5. Kerjasama rakyat Malaysia adalah amat diperlukan untuk membuktikan kepada Kerajaan Malaysia bahawa peserta-peserta yang hadir pada 28 April 2012 adalah rakyat yang menyayangi keamanan dan keharmonian sejagat dan bukanlah seperti apa yang digembar-gemburkan oleh Kerajaan Malaysia dengan menyatakan perserta-peserta telah bertindak ganas  pada 28 April 2012.

6. Untuk mengetahuan umum, walaupun tarikh terakhir untuk melaporkan apa-apa kes kepada Suhakam adalah pada 4 Jun 2012 ini, BERSIH 2.0 masih menggalakkan anda untuk melaporkan kejadian anda kepada BERSIH 2.0. Setakat ini, sudah ada sebahagian mangsa telah melaporkan kes mereka kepada Suhakam, namum kami merayu kepada semua yang cedera mahupun yang ada gambar atau rakaman video untuk tampil membantu siasatan ini.

Akhir sekali,Bersih 2.0 mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah tampil untuk memberi kenyataan dan juga kepada yang sudi memberi kenyataan. Kerjasama dari rakyat Malaysia adalah amat diperlukan dalam perjuangan demi mendapat satu pilihanraya yang bebas dan adil untuk negara tercinta ini.

Sila menghubungi SUHAKAM langsung: [email protected]

Untuk bantuan sila menghubungi [email protected] atau 012-3496013.

Sekian,

Steering Committee

Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)

 

The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

Comments are closed.