Pak Samad: HENTIKAN SEGALA KERENAH GANGGUAN DAN ANCAMAN PRIBADI TERHADAP DATO AMBIGA SREENEVASAN, PENGERUSI BERSAMA BERSIH 2.0

Bersih2.0 Wednesday May 16th, 2012 0

BERSIH 2.0 Press Statement, 16 Mei 2012

Bagi pihak BERSIH 2.0 dan juga Jawatan Kuasa Pemandu, saya mengutuk segala bentuk kerenah gangguan dan ancaman terhadap Dato Ambiga Sreenevasan. Saya merasa sedih dan marah apabila melihat kerenah gangguan yang sedag dilakukan keatas Pengerusi Bersama Bersih yang juga seorang warga Malaysia. Beliau adalah sosok yang selama ini telah menghadiahkan kehidupannya untuk membuka luas ruang hak asasi manusia dan memperbaiki kesejahteraan umat. Ketika serangan dengan kelakuan hina dan kadang kala ganas ini dilakukan di hadapan rumahnya, Dato Ambiga telah melayani kedaaan tersebut dengan penuh sopan dan hormat.

Sebagai warga negara yang telah melalui kehidupan dalam negara ini dan telah melihat rebah dan bangunnya Malaysia, saya merayu agar kita semua menzahirkan sifat terbaik kita sebagai manusia. Marilah kita memberhentikan kerenah gangguan dan ancaman ini. Pihak yang berwajib seharusnya bersuara mengutuk apa yang sedang dilakukan terhadap seorang pemimpin masyarakat madani. Jika kerajaan dan pihak berwajib senyap dan membisu ini bermakna mereka menyokong kerja bangang dan perangai hina ini.

Dato Ambiga bukan seorang diri menuntut pilihan raya bersih dana adil. Bersama Ambiga dan saya ada 19 orang ahli Jawatan Kuasa Bersih. Kami pula disokong oleh 84 buah badan bukan kerajaan – NGO. Turut sama menyokong kami ialah 250,000 warga anak semua bangsa yang telah turun ke jalan raya di Kuala Lumpur pada 28 April yang lalu. Pada hari yang sama ada puluhan ribu lagi anak Malaysia yang menetap di 85 buah kota kota dalam dunia ini. Semuanya bangun bersetiakawan menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Terima Kasih. Salam Bersih!

Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama)

 

BERSIH 2.0 Jawatankuasa Pemandu Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) BERSIH 2.0 Ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu: Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah (Kuching), Dominic Hii (Sibu), Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rias, Liau Kok Fah, Mark Bujang (Miri), Maria Chin Abdullah, Niloh Ason (Kuching), Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

Comments are closed.