Bersih 3.0 – Duduk Bantah! 28/4/12, 2-4pm, Dataran Merdeka

Bersih2.0 Wednesday April 4th, 2012 1

Kelmarin BERSIH 2.0 telah mengeluarkan jawapan terhadap  Laporan Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK)  tentang penambahbaik  pilihan raya.

Kenyatan ini  dikeluarkan sebagai lanjutan terhadap laporan JKPK dan juga bersangkutan kes kes penipuan yang sedang berlaku.

Pada hemat BERSIH 2.0, ada beberapa perkara dalam laporan JKKP yang dianggap baik dan sesuai. Tetapi, banyak juga yang kami anggap tidak mencapai ke tahap yang kami harapkan. Kami berharap JKPK akan menjadi satu badan yang tegas untuk memastikan pilihan raya yang akan datang ini bebas dan adil. Banyak cadangan-cadangan yang telah diajukan JKPK dan juga lapan tuntutan BERSIH 2.0 boleh digunapakai sebelum PRU 13. Kesemua cadangan ini wajib ditunaikan. Sikap berdiam diri kerajaan dan tanpa janji serta komitmen kerajaan untuk menunaikan semua tuntutan ini sebelum PRU 13 cukup membingarkan telinga.

Jawatan Kuasa Pilihan Khas dan juga kerajaan telah tidak mengambil serius terhadap tuduhan-tuduhan penipuan. Warga Malaysia yang tinggal di luar negera juga telah dinafikan hak mengundi. Dan termasuk pelbagai hal penyelewengan yang telah ditimbulkan oleh warga negara kepada JKPK.

Kes-kes penipuan yang terus berlaku, seperti yang telah kami jelaskan membuktikan pada kami bahawa kerajaan hari ini tidak bercita-cita untuk mengadakan pilihan raya ini dengan bersih dan adil.

Semua ini meyakinkan kami bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi yang paling kotor. Suruhanjaya Pilihan raya telah gagal mendapat keyakinan rakyat. Dengan ini, BERSIH 2.0 menuntut ahli-ahli suruhanjaya meletakkan jawatan.

Rakyat akan terus menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap SPR. Rakyat juga akan terus meyuarakan bantahan mereka terhadap penipuan yang berterusan. Rakyat juga membantah kerana tidak ada komitmen untuk menambah baik sistem pilihan raya sebelum PRU 13.

Justeru, BERSIH 2.0 akan berkumpul – DUDUK BANTAH – secara aman di seluruh Negara dan di seluruh dunia. Ini bertujuan untuk menyatakan ketidakpuasan hati kami terhadap kerajaan yang terus menerus memanipulasi sistem pilihan raya untuk memastikan kemenangan parti yang memerintah.

Di Kuala Lumpur, kami akan DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April 2012 jam dua petang hingga empat petang.

BERSIH 2.0 menjemput semua warga negara yang cintakan negara ini untuk bersama-sama DUDUK BANTAH. Ahli-ahli parti politik dijemput untuk bersama sebagai warga negara.

Justeru, DUDUK BANTAH adalah saat dan masa untuk semua warga terutama yang berkuasa memikirkan apakah legasi dan masa depan yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu cicit kita.

Ini adalah BERSIH 3.0.  Terima Kasih.

*

DUDUK BANTAH!

Yesterday, BERSIH 2.0 released a statement responding to the Parliamentary Select Committee on Electoral Reform’s report which was tabled in Parliament.

This statement is being issued as a follow-up to the Parliamentary Select Committee’s report and relates to the fraud that is currently taking place with respect to the electoral roll and other aspects of elections in Malaysia.

The Parliamentary Select Committee report in our view contains some sound recommendations. However the Parliamentary Select Committee has fallen far short in many areas. What was hoped for was that a tough, no-nonsense approach would have been taken by the Parliamentary Select Committee to ensure that the next elections would be clean and fair. Many of the recommendations of the Parliamentary Select Committee, and indeed the 8 demands of BERSIH 2.0, can be implemented before the 13th General Elections. In fact they MUST be implemented NOW. But the silence of the government as to its commitment to implementing reforms before the 13th General Election is deafening.

Neither the Parliamentary Select Committee nor the government appears to have taken a serious view of the many allegations of fraud. Both have glossed over the disenfranchisement of so many citizens both overseas and within Malaysia. Many of the other matters that so many citizens have painstakingly and diligently presented to the Parliamentary Select Committee have not been comprehensively considered.

The continuing fraud, as has been explained, continues unabated, thus leaving us with the feeling that nothing will be done by this government to ensure that the upcoming elections will be clean and fair.

In fact, it promises to be the dirtiest yet. The Election Commission has failed in its responsibility, and has lost the confidence of the public. They must resign.

The rakyat must voice their dissatisfaction with the government and the Election Commission and protest the continuing fraud and obvious lack of commitment to election reform before the 13th General Election.

In order to express our deep disappointment with a government that continues to manipulate the electoral system to their advantage, we will stage a nationwide and worldwide sit-in, to be known as DUDUK BANTAH!

In Kuala Lumpur, we will meet at Dataran Merdeka on 28 April 2012 from 2pm to 4pm. Sit-ins will also take place in other parts of Malaysia and throughout the world.

BERSIH 2.0 comprising 84 non-governmental organisations, call upon Malaysian citizens wherever they are who love this country to participate in the sit-in. Members of political parties are also invited to participate as citizens. This will be BERSIH 3.0!

BERSIH 3.0 will be a time for reflection by all Malaysians, particularly those in power, as to the kind of legacy and future we intend to leave to the next generation.

Salam BERSIH!

Steering Committee, Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)

The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

One Comment »

  1. saz Wednesday May 9th, 2012 at 10:01 PM - Reply

    ..hapuskan d.a.p
    BANGKIT 31 MEI

Leave A Response »